Huawei HUAWEI MediaPad T3 7 User Manual Page 23

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 40
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 22
19
wayarles, membahayakan operasi pesawat, atau melanggar undang-
undang.
Untuk mengelakkan kerosakan bahagian atau litar dalaman peranti
anda, jangan gunakannya dalam keadaan yang berdebu, berasap,
lembap, atau kotor atau berdekatan dengan medan magnetik.
Apabila mengecas peranti, pastikan penyesuai kuasa dipalam masuk
ke soket yang berhampiran dengan peranti dan adalah mudah
diambil.
Cabut palam pengecas dari salur keluar elektrik dan peranti semasa
tidak digunakan.
Jangan gunakan, simpan, atau hantar peranti ke tempat bahan mudah
bakar atau letupan disimpan (dalam stesen minyak, loji kimia dll).
Penggunaan peranti anda di tempat-tempat ini menambah risiko
berlakunya letupan atau kebakaran.
Buang peranti, bateri, dan aksesori ini dengan mengikut peraturan
tempatan. Alat-alat tersebut tidak sepatutnya dibuang seperti sampah
rumah tangga biasa. Penggunaan bateri yang tidak betul boleh
menyebabkan berlakunya kebakaran, letupan, atau kemalangan yang
lain.
Maklumat pembuangan dan kitar semula
Simbol tong sampah yang beroda dan dipalang pada
produk, bateri, risalah dan pakej produk mengingatkan
bahawa semua produk elektronik dan bateri yang tamat
jangka hayat mestilah dihantar ke pusat pengumpulan
sampah yang berlainan; alat-alat tersebut tidak boleh
dibuang bersama sampah rumah tangga biasa.
Pengguna bertanggungjawab membuang kelengkapan
tersebut melalui pusat atau perkhidmatan pengumpulan yang dikhususkan
untuk mengitar semula sisa kelengkapan elektrik dan elektronik (WEEE)
dan bateri mengikut undang-undang tempatan.
Pengumpulan dan kitar semula kelengkapan anda yang wajar boleh
membantu memastikan bahan buangan pelengkapan elektrik dan
elektronik (EEE) dikitar semula dengan cara yang menjimatkan bahan-
Page view 22
1 2 ... 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 ... 39 40

Comments to this Manuals

No comments